Thursday, June 4, 2009

Perjalanan menuju ke langit...

Nama aku Ahmad Mustaqim Bin Ahmad Tamidzi..Aku sekarang berumur 22 tahun(2009). Impian dan cita-cita ku sejak sekolah rendah adalah untuk menjadi seorang juruterbang. Sejak sekolah aku hanya tumpukan pada mata pelajaran yang penting untuk menjadi seorang juruterbang. Ini adalah seperti mata pelajaran:

  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Fizik
Aku aktif dalam pasukan beruniform, kerana aku ingin mendisiplinkan diri. Ini adalah kerana pada ku untuk menjadi seorang juruterbang perlulah mempunyai disiplin yang tinggi.

Apabila keputusan SPM keluar, aku amat gembira kerana mendapat keputusan cemerlang dlm subjek-subjek yang diperlukan untuk menjadi seorang juruterbang. Aku terus hantar resume kepada MAS (Malaysian Airlines). Tetapi nasib ku malang kerana pada masa itu MAS dalam kesusahan. Jadi mereka membekukan program cadet pilot MAS. Pada masa itu aku sangat kecewa. Aku bertambah kecewa apabila dapat tahu yang untuk menjadi juruterbang, berkaca mata tidak dibenarkan.

Semasa di Kolej Matrikulasi Perak, aku mengambil kursus sains fizik. Aku sangat minat pada fizik. Aku minat fizik mungkin kerana minat ku untuk terbang. Keputusan akhir ku aku hanya mendapat A untuk mata pelajaran fizik sahaja.

Dengan CGPA yang tidak mencukupi, aku tidak sambung belajar untuk diploma, tetapi aku masuk balik diploma di UniKL-BMI.

Pada tahun 2007 aku dapat berita yang teramat gembira. Aku dapat sepucuk surat dari MAS untuk ujian phycomotor. Aku tidak dapat menggambarkan dengan kata-kata bagai mana perasaan ku ketika itu.

Sebelum tarikh ujian itu, aku tidak boleh tidur. Aku buat kajian tentang ujian itu dari internet. Dari situ aku mengenali Flydamnit.com. Tapi untuk ini aku akan cerita di post yang lain.

Aku pergi ke tempat ujian di subang seawal pagi walau pun dalam surat diarah datang tengah hari. Aku bertolak dari Ampang bersama atok ku.

Sampai disini untuk post yg pertama, aku akan sambung di post yang seterusnya.

No comments:

Post a Comment