Saturday, June 6, 2009

Mula hilang fokus

Setelah mendapat tahu aku masih layak untuk menjadi seorang juruterbang, aku mula hilang fokus. Hilang fokus dalam apa?? Dalam study ku di UniKL.Dalam kursus diploma Electrical engineering.Pointer ku dari maintain atas 3 jatuh menjunam bawah 2. Falsafah hidup ku hanyalah satu, kita hidup hanya sekali, jadi hidup dengan membuat apa yang kita minat. Kalau kita hidup dan sepanjang hidup kita membuat benda yang kita tidak suka, kita takkan rasa nikmat hidup.Allah mencipta manusia untuk mengabdikan diri kepada nya.Tapi tidak salah dalam agama untuk mengejar cita-cita.Asal kan cita2 itu pekerjaan yang tidak dilarang dalam Islam.Lecturer ku banyak menasihati ku, tetapi aku tetap dengan pendirian ku. Aku mesti mengejar cita2 ku walau apa pun. Dari Flydamnit.com aku mencari maklumat tentang private cadet pilot, aku berminat pada dua akademi penerbangan. Iaitu Asian Pacific Flight Training (APFT) dan Integrated Training & Services.APFT kerana disiplin yg ketat, dan IT&S kerana fleet yang baru.Aku dapat tau dari Flydamnit.com yang sekarang telah bertukar nama kepada Flylah.com yang untuk apply menjadi private pilot perlulah mengikut procedure. Procedure nya adalah:

  1. Apply approval letter dari DCA
  2. Buat medical checkup class 1(dekat MAS clinic murah maa
  3. Baru apply
DCA building map

Surat DCA aku hantar by hand, so seminggu pas tu dapat le. Medical check up aku buat dekat MAS clinic dekat kompleks B MAS kalu x silap. Bile sume cukup aku pon apply lah ke APFT dan IT&S. Mula2 APFT panggil aku interview, pas tu IT&S lak. Next post i will tell about my interview in APFT.Thats all for this post.

Cirrus SR20 (IT&S)



Piper Warrior (APFT), while infront of the Piper is a Diamond 40



No comments:

Post a Comment